December 10,

Yeeehaaaaaaaa dah lama aku tak update blog kan? Almaklumlah orang berpenyakit ni memang macam ni. Bukannya sakit apa, sakit malas tu sejak kebelakangan ni dah melampau-melampau. Bukan lah nak kata dulu rajin sangat, tapi dulu memang aku rajin pun. Cuma sekarang ni, sakit malas tu melampau sampaikan nak buang air kecik pun kengkadang ditangguh hehe. Ini lah kehidupan budak lepas SPM. Aku repeat, budak lepas SPM. Aku repeat lagi, BUDAK LEPAS SPM. Nak aku repeat lagi? *asah parang* aku ni bukan nak cerita apa lah kan, tapi aku ni budak dah habis sekolah. Pergi mall pun lalu kat tempat alat tulis tu, pandang sebelah mata je. Nampak baju sekolah, jeling jeling je. Bukan nak bagi korang jealous, but tolonglah jealous walaupun tak banyak. Aku buat lawak ni tapi aku tau tak lawak. Kalau korang nak gelak jugak, aku tak halang.

Tapi siapa kata hidup lepas SPM ni is freedom? You are totally wrong my dear. Hidup lepas SPM ni lebih busy dan penat berbanding hidup zaman sekolah. Nanti korang dah takda masa for your friends. Nanti kena kerja, cari duit nak kahwin cewah. My point is, hargailah masa di sekolah. Luangkan masa sehabis sebaik mungkin disekolah bersama kawan-kawan supaya nanti tak rindu sekolah. So, janganlah ponteng sekolah ye adik-adik. Halamak. Ceramah free pulak aku kat sini.

Sebenarnya aku dah lama dah habis SPM, tapi baru sekarang aku nak update. Told ya penyakit M aku sekarang ni makin lama makin berleluasa. Before SPM, sekolah kitorang ada buat majlis restu. Hey you guys know what?! BUDAK GANAS HATI BATU SEKOLAH NANGIS WOI WAHAHAHAHAHAAHAHAHAHA. Aku bukan apa, bukannya sengaja pun nak nangis tu, tapi dah time tu sadis sangat, air mata aku pun nak join majlis restu tu jugak. So air mata aku pun keluar lah. Hey bukan aku je k yang nangis. Adriza dengan Ali pun nangis. Halamak gang luar-ego-dalam-hati-ada-taman nangis beb. Yang paling syahdunya, semua cikgu ingat aku sebab gelak aku je. Takpe, janji aku ada tempat kat dalam minda dorang even sebab aku kuat gelak. Takpe :') ayat sedapkan hati je ni.

Sebenarnya tadi aku kemain lagi banyak idea nak tulis, tapi tu tadi lah. So, i present to you gambar kitorang yang comel ni je lah eh ehehehehehe *hulur baldi*

 Majlis Restu SPM, 2012
Zuhairah, Bella, Adriza, me and Diana :)

Btw, kitorang dengan Bella dah berbaik. Sempena nak SPM ni tak boleh nak simpan dendam. Kang tak dapat jawab paper agama susah pulak kang hehehe. Yang paling taknak blah tu, siap main peluk-peluk lagi time majlis restu. Haa kau hape tau *flips pashmina* kita dalam hidup ni, janganlah simpan dendam dalam hati. Let by gone be by gone.

Assalamualaikum xoxo